Monday, April 16, 2012

Toggle Test
Toggle me...
All mimsy were the borogoves,
And the mome raths outgrabe.

Friday, April 13, 2012

PANDUAN SOLAT SUNAT CARA NABI S.A.W.

Panduan Solat Sunat Cara Nabi s.a.w.
 
Penulis: Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

 Disemak oleh: Ustaz Mohd Fikri Che Hussain
SOLAT DHUHA
Dhuha menurut ahli fekah adalah waktu di antara ketika matahari mulai naik sehingga ketika matahari mulai condong. Oleh itu solat Dhuha adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu tersebut.
v  HUKUM SOLAT DHUHA
Pandangan para ulamak tentang hukum mengerjakan solat Dhuha adalah seperti berikut:
1.      Sunat secara mutlak dan dikerjakan setiap hari
2.      Sunat namun tidak didirikan setiap hari secara berterusan.
3.      Tidak disunatkan.
4.      Ianya disunatkan kerana faktor tertentu seperti bagi mereka yang tertinggal mengerjakan solat Qiyam al-Lail maka digantikan solat tersebut dengan mengerjakan solat pada waktu dhuha.
Pendapat yang paling tepat serta dipegang oleh jumhur ulamak adalah solat Dhuha termasuk amal sunat mu’akkadah dan dianjurkan untuk diamalkan secara rutin. Ini adalah kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam selalu mengerjakannya, menganjurkan para sahabat untuk mengerjakannya malah baginda pernah mewasiatkan perlaksanaannya kepada beberapa sahabat. Daripada Abu Hurairah radhiallahu’ anh, dia berkata:
أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ
صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَام.َ
Maksudnya:
Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan mengerjakan solat Witir sebelum tidur – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Shaum, no: 1981.
Walaupun wasiat ini ditujukan kepada seorang sahabat tetapi anjuran tersebut merangkumi untuk seluruh umat Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam kecuali sekiranya terdapat lafaz yang menunjukkan ianya sememangnya khusus untuk sahabat tersebut. Ternyata lafaz tersebut berbentuk umum apatah lagi baginda juga pernah mewasiatkan perkara yang sama kepada Abu Darda’radhiallahu’ anh, dia berkata:
أَوْصَانِي حَبِيبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ لَنْ أَدَعَهُنَّ مَا عِشْتُ
بِصِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَصَلاَةِ الضُّحَى وَبِأَنْ لاَ أَنَامَ حَتَّى أُوتِرَ.
Maksudnya:
Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan solat Dhuha dan tidak tidur sebelum  mengerjakan solat Witir. – Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 722.
v  KEUTAMAAN MENGERJAKAN SOLAT DHUHA
q  Ianya Amalan Berbentuk Sedekah
Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Justeru itu solat Dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan tanggung jawab tersebut. Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:
يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ
وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ
وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى.
Maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.
q  Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari
Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari. Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:
يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ.
Maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.
q  Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah
Bagi mereka yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu tetap berada dalam masjid dengan berzikir kepada Allah dan mengerjakan solat Dhuha pada awal terbitnya matahari maka dia mendapat pahala seperti mengerjakan haji dan umrah. Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ
ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.
Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.
q  Ia Solat Bagi Orang Yang Bertaubat
Solat Dhuha adalah termasuk bagi solat untuk orang-orang yang bertaubat (Sholat Awwabin). Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda:
صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.
v  TATACARA PERLAKSANAAN SOLAT DHUHA
q  Waktu Mengerjakan Solat Dhuha
Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit). Menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti’:
Jika demikian, waktu solat Dhuha dimulai setelah keluar dari waktu larangan solat pada awal siang hari (pagi hari) sampai adanya larangan saat tengah hari.
Namun demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik. Demikian adalah dalil-dalil tentang waktu mengerjakan solat Dhuha:
Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ
ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.
Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat…– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.
Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 748.
q  Jumlah Rakaat Solat Dhuha
Jumlah rakaat solat Dhuha paling minimal adalah dua rakaat dan ia boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat yang tertentu. Sebelum ini penulis telah memaparkan hadis-hadis berkaitan solat Dhuha yang dilaksanakan dengan dua dan empat rakaat. Berikut adalah dalil yang menunjukkan ianya juga boleh dikerjakan dengan sebanyak enam, lapan dan dua belas rakaat.
Daripada Anas bin Malik radhiallahu’ anh bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengerjakan solat Dhuha sebanyak enam rakaat – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam kitab al-Syamaail, Bab Sholat al-Dhuha, no: 273.
أُمِّ هَانِئٍ فَإِنَّهَا قَالَتْ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ بَيْتَهَا يَوْمَ فَتْحِ مَكَّةَ
فَاغْتَسَلَ وَصَلَّى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ.
Maksudnya:
Daripada Ummu Hani’, dia berkata: Pada masa pembebasan kota Makkah, dia bertemu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika baginda berada di atas tempat tertinggi di Makkah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam beranjak menuju tempat mandinya lalu Fathimah memasang tabir untuk baginda. Selanjutnya Fathimah mengambilkan kain dan menyelimutkannnya kepada baginda. Setelah itu baginda mengerjakan solat Dhuha sebanyak lapan rakaat – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1176.
Di dalam Fathul Baari al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah telah membawa sebuah riwayat seperti dibawah:
وَعِنْد اَلطَّبَرَانِيّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي اَلدَّرْدَاءِ مَرْفُوعًا مَنْ صَلَّى اَلضُّحَى رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُكْتَبْ مِنْ اَلْغَافِلِينَ ,
وَمَنْ صَلَّى أَرْبَعًا كُتِبَ مِنْ اَلتَّائِبِينَ , وَمَنْ صَلَّى سِتًّا كُفِيَ ذَلِكَ اَلْيَوْمَ ,
وَمَنْ صَلَّى ثَمَانِيًا كُتِبَ مِنْ اَلْعَابِدِينَ , وَمَنْ صَلَّى ثِنْتَيْ عَشْرَة بَنَى اَللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي اَلْجَنَّةِ
Maksudnya:
Dalam riwayat al-Thabarani daripada hadis Abu Darda’ secara marfu’ disebutkan: Barangsiapa solat Dhuha dua rakaat, maka tidak ditulis sebagai orang-orang lalai, barangsiapa solat Dhuha empat rakaat maka ditulis sebagai orang-orang yang bertaubat, barangsiapa solat Dhuha enam rakaat, maka dicukupkan untuknya pada hari itu, barangsiapa solat Dhuha lapan rakaat, maka ditulis dalam golongan ahli Ibadah, dan barangsiapa solat Dhuha dua belas rakaat maka dibangunkan untuknya rumah di syurga. – rujuk Fathul Baari, jilid 6, ms. 349 ketika al-Hafidz mensyarah hadis Shahih al-Bukhari no: 1176. Namun status hadis ini diperselisihkan olah para ulamak hadis. Musa bin Ya’qub al-Zami’i yang terdapat dalam sanad hadis ini telah didha’ifkan oleh Ibnu al-Madini namun dinilai tsiqah pula oleh Ibnu Ma’in dan Ibnu Hibban. Al-Hafidz sendiri berkata sanad hadis ini lemah namun diperkuatkan oleh hadis Abu Dzar yang diriwayatkan oleh al-Bazzar hanya sahaja sanadnya juga lemah dan apa yang lebih tepat hadis ini dha’if. Wallahu’alam.
Berkaitan dengan dalil yang menunjukkan jumlah rakaat solat Dhuha ini tidak ada batasan yang tertentu adalah:
مُعَاذَةُ أَنَّهَا سَأَلَتْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا:
كَمْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي صَلاَةَ الضُّحَى؟
قَالَتْ: أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ وَيَزِيدُ مَا شَاءَ.
Maksudnya:
Daripada Mu’adzah, dia berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah: Berapa rakaat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan solat Dhuha?
Dia menjawab: Sebanyak empat rakaat lalu baginda menambahnya lagi menurut yang dia kehendaki. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 719.
q  Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Dhuha

Rakaat Pertama

1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Duduk untuk tahiyyat akhir
3)      Memberi salam ke kanan dan ke kiri
 
 

Friday, April 6, 2012

SIAPAKAH RASUL YANG PERTAMA?

Oleh: Muhammad Asrie bin Sobri

Maksud Nabi dan Rasul:

Rasul (الرسول) bermaksud: “Utusan”, Nabi (النبي) bermaksud: “Penyampai Berita”. Maka difahami daripada perkataan Rasul Allah adalah Utusan Allah dan Nabi Allah adalah Penyampai Berita daripada Allah.

Adapun dalam istilah Usuluddin, makna Rasul adalah:

هو من أَوْحى الله إليه بشرع وأُمِرَ بتبليغه إلى قوم مخالفين

Maksudnya: “Iaitulah sseorang yang diberi wahyu oleh Allah dan syariat untuk disampaikan kepada kaum yang menyelisihi kebenaran”. [Syarah Tahawiah, Soleh Alu Syeikh, 1/79].

Adapun Nabi bermaksud:

هو من أَوْحَى الله إليه بشرعٍ لنفسه أو أَمرَه بالتبليغ إلى قوم موافقين

Maksudnya: “Dia adalah seorang manusia yang diberi wahyu oleh Allah dengan suatu syariat untuk dirinya sendiri atau diperintah untuk disampaikan kepada kaum yang sedia mengikut kebenaran”. [Ibid]



Perbezaan Antara Nabi dan Rasul Pada Istilah:

Rasul dan Nabi mempunyai persamaan selaku manusia, lelaki, yang diberi wahyu oleh Allah s.w.t. Wahyu pula bermaksud: “Pemberitahuan Allah kepada Rasul atau Nabi sama ada dalam bentuk Kalam atau makna”. [Mukjam Alfaz al-Aqidah, 439].

Maka wahyu itu boleh berlaku sama ada dalam bentuk pemeberian kitab, suhuf, mimpi, dan hadis atau sunnah.

Namun, Rasul itu lebih khusus daripada Nabi kerana Nabi itu sama ada diutus kepada kaum tertentu atau hanya diberi wahyu untuk kegunaan dirinya sendiri sebagaimana dalam sebuah hadis:

وَالنَّبِيُّ لَيْسَ مَعَهُ أَحَدٌ

Maksudnya: “dan aku melihat (pada malam Mikraj) ada Nabi dan tiada pengikut bersamanya…” [al-Bukhari & Muslim].

Demikian juga kaum seseorang Nabi itu adalah kaum yang sedia beriman kepada Allah s.w.t dan mentauhidkannya dan tujuan seseorang Nabi diutuskan adalah untuk menjadi pembimbing kepada kaum tersebut supaya mereka terus mengikut syariat Rasul yang diutuskan sebelum itu.

Dalilnya adalah sabda Nabi s.a.w:

كَانَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ تَسُوسُهُمُ الأَنْبِيَاءُ كُلَّمَا هَلَكَ نَبِىٌّ خَلَفَهُ نَبِىٌّ

Maksudnya: “Adalah Bani Israil itu dipimpin oleh para Nabi, setiap kali wafat seorang Nabi akan ada Nabi yang mengganti…” [al-Bukhari, Muslim, Ibn Majah, Ahmad].

Hadis ini menjelaskan para Nabi yang diutuskan kepada Bani Israil selepas Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s berada di atas Tauhid tetapi berlaku penyelewengan dalam pelaksanaan Syariat maka para Nabi yang datang selepas itu berperanan sebagai mereka yang menasihat dan menegur kegelinciran yang berlaku.

Demikian juga dalam hadis lain:

وإن العلماء ورثة الأنبياء

Maksudnya: “dan sesungguhnya para Ulama adalah pewaris para Nabi..” [Abu Daud, al-Tarmizi, Ibn Majah, Ahmad].

Dalam hadis ini terdapat tasybih atau penyamaan antara ulama dengan nabi kerana tugas ulama adalah meneruskan ajaran tauhid yang telah tersedia bukan membuat syariat baharu. Maka dapat difahami bahawa para Nabi itu diutuskan kepada Umat yang tersedia mengikut ajaran Tauhid. [Lihat: Ithaf al-Sail Lima fi al-Tahawiah min al-Masail, 1/79, Syarah Tahawiah, Soleh al-Fauzan,44, al-Takliqat al-Asariyah 'ala al-Tahawiah, 11].

Asal pembezaan antara Nabi dan Rasul adalah firman Allah s.w.t:

وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَسُولٍ وَلَا نَبِيٍّ إِلَّا إِذَا تَمَنَّى أَلْقَى الشَّيْطَانُ فِي أُمْنِيَّتِهِ فَيَنْسَخُ اللَّهُ مَا يُلْقِي الشَّيْطَانُ ثُمَّ يُحْكِمُ اللَّهُ آيَاتِهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

Maksudnya: “dan tidaklah Kami mengutuskan sebelummu seorang Rasul atau seorang Nabi melainkan apabila ia bercita-cita (supaya kaumnya beriman kepada agama Allah yang dibawanya), maka Syaitan pun melemparkan hasutannya mengenai usaha Rasul atau Nabi itu mencapai cita-citanya; oleh itu, Allah segera menghapuskan apa yang telah diganggu oleh Syaitan, kemudian Allah menetapkan ayat-ayatNya Dengan kukuhnya; dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”. [al-Haj: 52].

Syahid daripada ayat ini adalah pembezaan antara Nabi dan Rasul pada perkataan Allah s.w.t: مِنْ رَسُولٍ وَلَا نَبِيٍّ (seorang Rasul atau seorang Nabi). Berkata Imam al-Alusi r.h:

وعطف «نبي» على «رسول» يدل على المغايرة بينهما

Maksudnya: “dan ataf ‘Nabi’ atas ‘Rasul’ menunjukkan terdapat perbezaan antara keduanya”. [Ruhul Ma'ani, 13/92].

Oleh itu, pendapat sekelompok ulama bahawa tiada perbezaan sama sekali antara Nabi dan Rasul adalah qaul syaz yang menyalahi nas al-Qur’an. Wallahua’lam.



Rasul Pertama yang Diutuskan:

Dalam hadis Syafaat dinytakan:

فَيَأْتُونَ نُوحًا فَيَقُولُونَ يَا نُوحُ أَنْتَ أَوَّلُ الرُّسُلِ إِلَى أَهْلِ الْأَرْضِ وَسَمَّاكَ اللَّهُ عَبْدًا شَكُورًا

Maksudnya: “Maka manusia pun datang pula kepada Nuh dan mereka berkata: ‘Wahai Nuh, engkau adalah Rasul yang pertama diutus kepada penduduk bumi dan Allah menamakan kamu Hamba yang sangat bersyukur..” [al-Bukhari, Muslim, al-Tarmizi, Ahmad].

Berdasarkan hadis ini, sabitlah bahawa Nabi Nuh a.s adalah Rasul pertama yang Allah utuskan kepada manusia selepas mereka menjadi musyrik. Adapun Nabi Adam a.s, baginda adalah Nabi bukan Rasul kerana manusia di zaman baginda semuanya beriman. Dalilnya firman Allah s.w.t:

كَانَ النَّاسُ أُمَّةً وَاحِدَةً فَبَعَثَ اللَّهُ النَّبِيِّينَ مُبَشِّرِينَ وَمُنْذِرِينَ وَأَنْزَلَ مَعَهُمُ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِيَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ فِيمَا اخْتَلَفُوا فِيهِ

Maksudnya: ” pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut ugama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan …” [al-Baqarah: 213]

Saidina Ibn Abbas r.a menyatakan dalam tafsir ayat ini:

كان بين نوح وآدم عشرة قرون، كلهم على شريعة من الحق، فاختلفوا، فبعث الله النبيين مبشرين ومنذرين

Maksudnya: “Adalah antara Nuh dan Adam sepuluh kurun semuanya berada syariat yang benar (Tauhid) lalu mereka berselisih (menjadi syirik) maka Allah mengutuskan para Nabi sebagai pemberi khabar gembira dan peringatan”. [al-Tabari, 4/275].

Dengan demikian terjawab jugalah persoalan Nabi Idris a.s atas pendapat yang mengatakan baginda adalah sebelum Nuh a.s namun pendapat yang rajih pada pandangan penulis adalah Nabi Idris a.s adalah Nabi Ilyas a.s yakni keduanya orang yang sama.

Ini berdasarkan riwayat yang diterima daripada Saidina Abdullah bin Masud r.a dan disokong oleh Qatadah, al-Dahhak, dan Muhammad bin Ishaq. [Ibn Kasir, 7/37]. Tafsiran ini sesuai dengan firman Allah s.w.t:

وَاذْكُرْ فِي الْكِتَابِ إِدْرِيسَ إِنَّهُ كَانَ صِدِّيقًا نَبِيًّا (56) وَرَفَعْنَاهُ مَكَانًا عَلِيًّا (57) أُولَئِكَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ مِنْ ذُرِّيَّةِ آدَمَ وَمِمَّنْ حَمَلْنَا مَعَ نُوحٍ وَمِنْ ذُرِّيَّةِ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْرَائِيلَ وَمِمَّنْ هَدَيْنَا وَاجْتَبَيْنَا إِذَا تُتْلَى عَلَيْهِمْ آيَاتُ الرَّحْمَنِ خَرُّوا سُجَّدًا وَبُكِيًّا ( 58)

Maksudnya: “dan bacakanlah (Wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Idris; Sesungguhnya adalah ia amat benar (tutur katanya dan imannya), serta ia seorang Nabi. dan Kami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi darjatnya. mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi yang telah dikurniakan Allah nikmat yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam, dan dari keturunan orang-orang yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh, dan dari keturunan Nabi Ibrahim, dan (dari keturunan) Israil- dan mereka itu adalah dari orang-orang yang Kami beri hidayah petunjuk dan Kami pilih. apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis”. [Maryam: 56-58]

Jelas dalam ayat ini Allah s.w.t meletakkan Nabi Idris a.s sebagai keturunan Nuh a.s dan Ibrahim a.s, maka pendapat yang mengatakan Idris adalah Nabi sebelum Nuh a.s kurang tepat bahkan yang benar Nabi Idris a.s adalah Nabi Ilyas a.s itu sendiri dan baginda termasuk Nabi-nabi Bani Israil kerana sabit juga Nabi Ilyas a.s adalah zuriat Nuh a.s dan Ibrahim a.s dalam firman Allah s.w.t:

وَنُوحًا هَدَيْنَا مِنْ قَبْلُ وَمِنْ ذُرِّيَّتِهِ دَاوُودَ وَسُلَيْمَانَ وَأَيُّوبَ وَيُوسُفَ وَمُوسَى وَهَارُونَ وَكَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ (84) وَزَكَرِيَّا وَيَحْيَى وَعِيسَى وَإِلْيَاسَ كُلٌّ مِنَ الصَّالِحِينَ (85 )

Maksudnya: “dan Kami telah kurniakan kepada Nabi Ibrahim: (anaknya) Ishak (dari isterinya Sarah), dan (cucunya) Yaakub. tiap-tiap seorang (dari mereka) Kami telah berikan petunjuk, dan Nabi Nuh juga Kami telah berikan petunjuk dahulu sebelum itu; dan dari keturunan Nabi Ibrahim itu (ialah Nabi-nabi): Daud, dan Sulaiman, dan Ayub, dan Yusuf, dan Musa, dan Harun. dan Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amal perbuatannya.dan (dari keturunannya juga ialah Nabi-nabi): Zakaria, dan Yahya, dan Isa, dan Ilyas; semuanya dari orang-orang yang soleh”. [al-An'am: 84 & 85].

Berkata Abdullah bin Masud r.a dalam mentafsirkan ayat ini:

“إدريس”، هو”إلياس”، و”إسرائيل”، هو”يعقوب”

Maksudnya: “Idris” adalah “Ilyas” dan “Israil” adalah “Yaakub”. [al-Tabari, 11/509, hadis hasan].

Ibn Hajar al-Asqalani r.h juga menyatakan ini adalah pendapat Ibn Abbas r.a [Fathul Bari, 10/124]. Wallahua’lam.



Kesimpulan:

Nabi dan Rasul pada dasarnya adalah sama tetapi mempunyai perbezaan pada beberapa segi iaitu Nabi lebih umum daripada Rasul kerana semua Rasul itu Nabi tetapi tidak semua Nabi itu Rasul.

Rasul yang pertama diutuskan oleh Allah s.w.t kepada manusia untuk menyeru mereka kepada tauhid selepas berlakunya syirik adalah Nuh a.s dan Rasul terakhir sekaligus Nabi yang terakhir adalah Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi-nabi sebelum Nuh a.s adalah Nabi tetapi bukan Rasul dan pendapat yang rajih juga adalah Nabi Idris a.s adalah Nabi Ilyas a.s iaitu orang yang sama dan baginda termasuk Nabi daripada para Nabi Bani Israil.Wallahua’lam.

Abu Islam Februari 19, 2009 pada 1:00 am #

Ya akhi, jazakallaahu khair atas tulisan ilmiah yang ditebarkan. Cuba enta kaji pandangan seorang guru ana yang berpandangan bahawa semua Nabi adalah Rasul dan bukan semua Rasul adalah Nabi. Berdalilkan penggunaan perkataan Rasul dan Nabi di dalam Al-Quran. Jika dilihat kedua-dua perkataan tersebut, ternyata kita akan mendapati bahawa Al-Quran hanya menggunakan perkataan Nabi untuk Rasul yang diutuskan dari kalangan manusia, manakala Rasul digunakan secara umum, samada untuk malaikat dan manusia.Cuba lihat dan kaji isu ini supaya perbahasan dapat dikembangkan. Wallahua’alam.

Rasul dan Nabi

“Rasul” secara bahasa artinya ‘orang yang diutus untuk menyampaikan sesuatu’. Sedangkan makna “rasul” secara istilah adalah ‘setiap manusia yang diberi wahyu berupa syariat tertentu dan diperintahkan untuk disampaikan’. (Syarh Ushul Iman, hlm. 32)

Rasul yang pertama adalah Nabi Nuh ‘alaihis salam, dan yang terakhir adalah Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Allah berfirman, yang artinya, “Sesungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nuh dan nabi-nabi yang kemudiannya.” (QS. An Nisa: 163)

Dari Anas bin Malik radliallahu ‘anhu, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Nanti (di padang mahsyar) orang-orang akan datang kepada nabi Adam untuk meminta syafaat, tetapi Nabi Adam meminta maaf kepada mereka seraya berkata, ‘Datangilah Nuh, rasul pertama yang diutus Allah.’” (HR. Al Bukhari no. 3162)

Sedangkan dalil bahwa Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah nabi terakhir adalah firman Allah Ta’ala, yang artinya, “Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapak dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (QS. Al Ahzab: 40)

Setiap umat tidak pernah kosong dari nabi yang diutus Allah Ta’ala. Mereka membawa syariat khusus untuk kaumnya atau dengan membawa syariat sebelumnya yang diperbarui. Allah berfirman, yang artinya, “Sesunguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat untuk menyerukan), ‘Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah thagut.’” (QS. An Nahl: 36)

Allahu juga berfirman, yang artinya, “Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suaut umat pun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.” (QS. Fathir: 24)

Allah juga berfirman, yang artinya, “Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi), yang dengan itab itu diputuskan perkara orang-orang Yahudi” (QS. Al Maidah: 44)
Jumlah nabi dan rasul

Allah ta’ala berfirman, yang artinya, “Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan (rasul).” (QS. Fathir: 24)

Allah juga berfirman, yang artinya, “Sungguh kami telah mengutus seorang rasul begi setiap umat untuk menyerukan agar mereka hanya beribadah kepada Allah dan meninggalkan thaghut.” (QS. An Nahl: 36)

Dari Abu Dzar Al Ghifari radliallahu ‘anhu, bahwa beliau bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Wahai Rasulullah, berapakah jumlah rasul?” Beliau menjawab, “Tiga ratus belasan, banyak sekali.” Dalam riwayat yang lain, Abu Dzar bertanya, “Wahai Rasulullah, berapakah jumlah yang pasti untuk para nabi?” Beliau menjawab, “Seratus dua puluh empat ribu (124.000). dan jumlah rasul dari mereka adalah tiga ratus lima belas (315), banyak sekali.” (HR. Ahmad no. 21586 dan dinilai sahih oleh Syu’aib Al Arnauth)

Dari sekian banyak jumlah nabi dan rasul, ada yang Allah ceritakan dan ada yang tidak Allah ceritakan. Allah berfirman, yang artinya, “Dan (Kami telah mengutus) rasul-rasul terdahulu yang sungguh telah Kami kisahkan tentang mereka kepadamu, dan rasul-rasul yang tidak Kami kisahkan tentang mereka kepadamu.” (QS. An Nisa: 164)
Nabi dan rasul hanya manusia

Para rasul adalah manusia biasa, makhluk Allah yang tidak mempunyai sedikitpun keistimewaan rububiyah dan uluhiyah. Sehingga mereka tidak berhak untuk disembah dan dijadikan sasaran Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman tentang Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam sebagai pimpinan para rasul dan yang paling tinggi kedudukannya di sisi Allah.

Allah berfirman, yang artinya, “Katakanlah, ‘Aku tidak berkuasa menarik kemanfaatan bagi diriku dan tidak (pula) menolak kemudharatan kecuali yang dikehendaki Allah. Dan sekiranya aku mengetahui yang gaib, tentulah aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan aku tidak ditimpa kemudharatan, aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan, dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman.’” (QS. Al A’raaf : 188)

Allah juga berfirman, yang artinya, “Katakanlah, ‘Sesunggguhnya aku tidak kuasa mendatangkan sesuatu kemudharatanpun kepadamu dan tidak (pula) sesuatu kemanfaatan.’ Katakanlah, ‘Sesungguhnya aku sekali-kali tidak seorangpun yang dapat melindungiku dari (azab) Allah dan sekali-kali tiada akan memperoleh tempat berlindung daripada-Nya.’” (QS. Al Jin: 21-22)

Para rasul juga memiliki sifat-sifat kemanusiaan, seperti sakit, mati, butuh makan dan minum, dan lain sebagainya. Allah Ta’ala berfirman tentang Nabi Ibrahim yang menjelaskan sifat Rabb-Nya, yang artinya, “Dan Rabbku, Yang Dia memberi makan dan minum kepadaku, dan apabila aku sakit, Dia-lah yang menyembuhkan aku, dan Yang akan mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku (kembali).” (QS. Asy Syu’ara: 79 – 81)

Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Aku tidak lain hanyalah manusia seperti kalian. Aku juga lupa seperti kalian. Karenanya, jika aku lupa, ingatkanlah.” (HR. Al Bukhari, no. 392)
Perbedaan Antara Nabi dan Rasul

Banyak orang yang beranggapan bahwa perbedaan nabi dengan rasul, bahwa nabi adalah orang yang mendapat wahyu dari Allah dan tidak diperintahkan untuk menyampaikan wahyu tersebut. Sedangkan rasul adalah orang yang mendapat wahyu Allah dan diperintahkan untuk menyampaikannya kepada umat manusia.

Jika kita perhatikan, anggapan ini adalah pendapat yang salah, dengan beberapa alasan berikut:

Nabi dan rasul keduanya sama-sama utusan Allah, dan tidak mungkin keduanya diutus kecuali untuk tujuan berdakwah.
Tidak mendakwahkan wahyu berarti menyembunyikan wahyu, dan Allah tidaklah menurunkan wahyu hanya untuk satu manusia, dimiliki sendiri, dan tidak ada orang yang tahu, kemudian wahyu itu hilang bersamaan dengan matinya orang tersebut.
Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Ditampakkan kepadaku seluruh umat. Saya melihat ada nabi yang membawa beberapa orang pengikut, ada nabi yang membawa satu atau dua orang pengikut ….” (HR. Al Bukhari no. 5378 dan Muslim no. 374)

Hadis ini menunjukkan bahwa para nabi tersebut diperintahkan untuk berdakwah. Karena Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menceritakan beberapa respon umatnya yang berbeda-beda.

Pendapat yang lebih tepat tentang perbedaan nabi dan rasul, bahwa rasul adalah orang yang Allah utus dengan membawa syariat baru. Sedangkan nabi adalah orang yang Allah utus untuk mendakwahkan dan menyebarkan syariat rasul sebelumnya. (Ar Rusul wa Ar Risalat, hal 14)
Pujian Allah kepada para nabi dan rasul

Allah Ta’ala menyebut-nyebut para rasul dengan sifat ubudiyah (penghambaan) yang tertinggi kepada-Nya dan memuji mereka. Allah Ta’ala berfirman tentang Nabi Nuh ‘alaihis salam, yang artinya, “Dia (Nuh) adalah hamba (Allah) yang banyak bersyukur.” (QS. Al Isra :3).

Allah Ta’ala juga berfirman tentang Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam, yang artinya, “Mahasuci Allah yang telah menurunkan Al Furqan (Alquran) kepada hamba-Nya, agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam.” (QS. Al Furqan : 1)

Allah juga berfirman tentang nabi Ibrahim, nabi Ishaq, dan Yaqub alaihimus salam, yang artinya, “Dan ingatlah hamba-hamba Kami; Ibrahim, Ishaq, dan Yaqub yang mempunyai perbuatan-perbuatan yang besar dan ilmu-ilmu yang tinggi. Sesungguhnya Kami telah mensucikan mereka dengan (menganugerahkan kepada mereka) akhlak yang tinggi, yaitu selalu mengingatkan (manusia) kepada negeri akhirat. Dan sesungguhnya mereka pada sisi Kami benar-benar termasuk orang-orang pilihan yang paling baik.” (QS. Shaad: 45 – 47)

Allah juga berfirman tentang nabi Isa bin Maryam alaihis sallam, yang artinya, “Isa tidak lain hanyalah seorang hamba yang Kami berikan kepadanya nikmat (kenabian) dan kami jadikan dia sebagai tanda bukti (kekuadaan Allah) untuk Bani Israil.” (QS. Az Zukhruf : 59)
Kandungan iman kepada rasul

Iman kepada rasul mengandung empat unsur:

1. Mengimani bahwa riasalah mereka benar-benar dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Barang siapa mengingkari risalah mereka, walaupun hanya seorang, maka menurut pendapat seluruh ulama dia dikatakan kafir. Allah Ta’ala berfirman, yang artinya, “Kaum Nuh telah mendustakan semua rasul.” (QS. Asy Syu’ara:105)

Allah Ta’ala menyebut mereka mendustakan semua rasul, padahal hanya seorang rasul saja yang mereka dustakan, yaitu Nuh. Oleh karena itu umat Nasrani yang mendustakan dan tidak mau mengikuti nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam, berarti mereka juga telah mendustakan dan tidak mengikuti nabi Isa Al Masih bin Maryam, karena nabi Isa sendiri pernah menyampaikan kabar gembira dengan akan datangnya Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam di tengah umat ini. Allah berfirman, yang artinya, “(ingatlah) ketika Isa ibnu Maryam berkata, ‘Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, yaitu Taurat, dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad).’ Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: ”Ini adalah sihir yang nyata.” (QS. As Shaf: 6)

Kata “memberi kabar gembira” ini mengandung makna bahwa Muhammad adalah seorang rasul. Melalui beliau, Allah menyelamatkan mereka dari kesesatan dan memberi petunjuk kepada mereka ke jalan yang lurus.

2. Mengimani para Nabi dan Rasul yang sudah kita kenali namanya, misalnya Muhammad, Ibrahim, Musa, Isa, dan Nuh alaihimus shalatu was salam. Kelima nabi rasul ini adalah rasul yang bergelar “Ulul Azmi” (Orang yang tekadnya kuat). Allah Ta’ala telah meyebut mereka di dua tempat dalam Alquran, dalam surat Al Ahzab dan surat Asy Syura.

Allah berfirman, yang artinya, “Dan (ingatlah) ketika Kami megambil perjanjian dari nabi-nabi dan dari kamu (sendiri), dari Nuh, Ibrahim, Musa, dan Isa putera Maryam.” (QS. Al Ahzab:7)

Allah juga berfirman, yang artinya, “Dia telah mensyariatkan bagi kamu tentang agama yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa, yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya.” (QS. Asy Syura : 13)

Adapun untuk para rasul yang tidak dikenal nama-namanya maka wajib kita yakini secara global. Karena kita yakin bahwa jumlah Rasul yang Allah utus tidak hanya 25 orang saja.

Allah berfirman, yang artinya, “Dan sesungguhnya telah Kami utus beberapa orang rasul sebalum kamu, di antara mereaka ada yang Kami ceritakan kepadamu dan di antara mereka ada (pula) yang tidak Kami ceritakan kepadamu.” (QS. Al Mu’min: 78)

3. Membenarkan segala informasi yang mereka beritakan.

4. Mengamalkan syariat rasul yang diutus kepada kita. Beliau adalah nabi terakhir Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam, diutus Allah kepada seluruh manusia.

Allah berfirman, yang artinya, “Maka demi Rabbmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman, hingga mereka menjadikan kamu sebagai hakim (pemutus) terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian merka tidak merasa sempit dalam hati terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.” (QS. An Nisaa: 65)
Buah iman kepada rasul-rasul:

Mengetahui rahmat serta perhatian Allah kepada hamba-hamba-Nya, Dialah yang mengutus para rasul untuk memberi petunjuk mereka kepada jalan Allah dan menjelaskan bagaimana cara beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Karena akal manusia tidak bisa menjangkau hal itu.
Mensyukuri nikmat Allah yang besar.
Mencintai para rasul, mengagungkannya, serta memujinya, karena mereka adalah para utusan Allah Ta’ala, dan karena mereka hanya menyembah Allah, menyampaikan risalah-Nya, dan memberikan kebaikan kepada umat manusia.

Orang-orang yang menyimpang dari kebenaran, telah mendustakan para rasul dengan menganggap bahwa para rasul bukan manusia. Anggapan yang salah ini dijelaskan Allah dalam firman-Nya, yang artinya, “Dan tidak ada sesuatu yang menghalangi manusia untuk beriman tatkala datang petunjuk kepadanya, kecuali perkataan mereka: “Mungkinkah Allah mengutus seorang manusia menjadi rasul?” (QS. Al Israa : 94)

Dalam ayat di atas, Allah Subhanahu wa Ta’ala mematahkan anggapan mereka yang keliru. Semua rasul dari golongan manusia, karena mereka diutus kepada penduduk bumi yang juga manusia. Seandainya penduduk bumi ini malaikat, Allah akan menurunkan malaikat dari langit sebagai rasul-Nya.

Dalam surat Ibrahim, Allah menceritakan keadaan oraang yang mendustakan para rasul, yang artinya, “Mereka (orang-orang yang mendustakan rasul) berkata, ‘Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga. Kamu menghendaki untuk menghalang-halangi kami dari apa yang selalu disembah oleh nenek moyang kami. Karena itu, datangkanlah kepada kami bukti yang nyata.’ Rasul-rasul mereka berkata kepada mereka, ‘Kami tidak lain hanyalah manusia seperti kamu, akan tetapi Allah memberi karunia kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nya. Dan tidak patut bagi kami mendatangkan suatu bukti kepada kamu melainkan dengan ijin Allah. Dan hanya kepada Allah sajalah hendaknya orang-orang mukmin bertawakal.’” (QS. Ibrahim : 10 – 11)
Referensi:

Syarh Ushul Iman, Muhammad bin Shaleh Al Utsaimin, Dar Al Qasim, Arab Saudi, 1419 H
Al Jami’ As Shahih Al Mukhtashar, Muhammad bin Ismail Al Bukhari, Dar Ibnu Katsir, Beirut, 1407 H
Shahih Muslim, Muslim bin Hajjaj An Naisaburi, Dar Ihya’ At Turats, Beirut.
Musnad Imam Ahmad, Imam Ahmad bin Hambal, Muassasah Qurthubah, Kairo.
Ar Rusul wa Ar Risalat, Dr. Umar Sulaiman Al Asyqar, Dar An Nafais, Yordan, 1415 H.

Artikel www.yufidia.com